Geram betul kan kalau beras dimasuki bubuk. Jadi tadi dah jemur beras yang penuh dengan bubuk tu.
sekawan bubuk..kehkehkeh
jemur, habis bertempiaran lari
Sambil² mengadap laptop ni cubalah cari petua nak elak/halau bubuk daripada masuk ke dalam beras. Kebanyakkan petua adalah lebih kurang sahaja yang di bawah ni.
Menyimpan beras yang terlampau lama akan menyebabkan kehadiran bubuk. Cara untuk mengelakkan kehadiran bubuk, ambil beberapa tangkai cili kering dan serai lalu dimasukkan ke dalam bekas beras.
Satu lagi petua yang boleh diamalkan ialah dengan meletakkan daun limau nipis/purut dan masukkan ke dalam bekas beras tersebut. Selain tidak berkutu, beras juga akan berbau wangi.
Petua tersebut telah saya lakukan. Alhamdulillah, beras saya tidak dikunjungi oleh bubuk lagi.
1. Masukkan beberapa biji bawang putih tanpa dikupas kulitnya bersama dengan beras.
2. Masukkan beberapa helai daun limau atau daun nangka agar beras boleh tahan lama.
3. Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang di bersihkan dan dikeringkan.
4. Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam simpanan beras.
Ada tak petua² lain yang anda dah cuba dan menjadi? Kongsi²lah ye.
Nota Ringkas : bubuk dan dubuk tak sama ye..hehe
Post a Comment