Selepas 3 kali join futsal, kali ni berpeluang berbuka puasa bersama-sama komuniti Facebook P18R8, setelah acara berbuka puasa dengan kambing bakar di Serdang haritu terlepas..sob..sob..sobri.
walaupun tak ramai sangat, tetapi aktiviti begini sekurang²nya dapat merapatkan ukhwah sesama komuniti kan? Itulah kebaikan teknologi FB, walupun kebaikannya ditenggelamkan mereka² yang tidak menggunakan bahagian cerebrum semasa ber'facebook'.
Sempat mengambil sedikit gambar sahaja.
darwisy mencuba memandu kereta yang tiada kat rumah ;)
sampai 2 0rang pegang Darwisy ..kot² jatuh..hehe
sempat jamah 3 bijik je anggur ni..tak ingat lepas tu nak makan lagi..haha
lupa nak ambil makanan yang dah terhidang, masa ni banyak lagi makanan tak sampai
Untuk memeriahkan juadah berbuka, masing² membawa juadah tak kiralah masak sendiri atau masak di Bazar Ramadhan..hehe. Dan apa yang kami bawa adalah Ayam Organik digoreng dengan Tepung RFC.
Nota Ringkas : Hidup di bandar susah nak jumpa aktiviti komuniti sebegini kan?
Post a Comment