Salam..

Orang ada Facebook, dia nak jugak. Orang update status, dia nak jugak. Orang pakai kepala otak, dia pakai kepala lutut. (amboi..amboi..nak jadi Azwan Ali ke, laser pulak.)

Lepas satu, satu kisah manusia² yang menyalahgunakan teknologi komunikasi ni, lebih tepat lagi Facebook yang bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu, jadilah muka buku. Kita dah ada kisah adukataraguna punya olang, rafiqin darwisy, akak biskut famous amos dan macam² lagi.

Terbaru kita ada si salleh gregor samsa, yang menghina Islam dan amalan puasa( sila google kalau baru tahu, dah ramai yang bercerita). Tak tahulah sama ada dia betul² Melayu Islam ataupun sekadar membuat propaganda jahat terhadap kesucian agama kita.


Teknologi semakin hari semakin canggih. Ketamadunan manusia semakin hari makin merosot. Golongan manusia seperti di ataslah yang menyumbangkan kepada kemerosotan itu, mungkin?.


Sebagai cikgu Matematik Tambahan, timbul idea nak buat graf..hehe. Graf dari entri rafiqin darwisy digunakan kembali.

Graf pertama

Kemajuan teknologi melawan masa




Nampak? Kemajuan teknologi terus berkembang seiring dengan masa

Graf kedua

Ketamadunan melawan masa




Pada permulaan, ketamadunan belum bermula, manusia hidup di gua², secara nomad dan sebagainya (sila rujuk buku teks sejarah tingkatan 1 muka surat 14 ). Ketamadunan kembali merosot dengan bertambahnya masa. Macam² cerita tentang manusia yang tak bertamadun, khususnya berita hadapan dalam Harian Metro ;).


AMARAN ; ENTRI INI TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB MANA² PEPERIKSAAN DI DUNIA INI!


sebelum ketamadunan manusia bermula ; janganlah kembali seperti ini hendaknya


Sekian pelajaran 2 dalam 1 hari ini, Sejarah dan Matematik. Sila hantar latihan pada kelas berikutnya.




Nota Ringkas : Sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk keturunan kita.

Entri sebelum ini

33 Comments

  1. abis lah budak tuh..
    masuk list ISA kot lepas nih..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    payah pabila akal tidak bergerak dengan masa.. hurm...

    hurm.pihak berkuasa pandang ke tak kes nie? den xmau pisang berbuah dua kali..(tapi dah berbuah banyak kali nie..)hurm..

    ReplyDelete
  3. heheh...siap ader graph lagi tu...

    ReplyDelete
  4. susah biler budak2 zamn skg terlalu teror.. abis sume nk try n error.. cmne la jdnye..heee

    ReplyDelete
  5. bila sampai kepada tahap macam ni, kita kena kembali pada yang asas iaitu kelas agama.

    ReplyDelete
  6. jawab la sendiri nanti....tak serik2 budak2 ni...tak reti nak ambik iktibar

    ReplyDelete
  7. tak masuk lagi tajuk data handlings
    :)

    ReplyDelete
  8. adoiiii cikgu math ni gak..wat analysis selaluh ekekke


    k.eli ado download blog budok sewel tuh..ayat² dia bagus.pandai dia tulis.maknanya budok ni cerdik sebenar tp sesat dek pengaruh black metal

    ReplyDelete
  9. semakin teruk dia orang.. tak ada ke siapa2 buat tindakan kat atas dia..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam naman,
    Bagaimana keadaannya nanti, jika UPSR dan PMR dimansuhkan ye ?.. Terima kasih melawat blog saya dan menjadi follower ke 20.. kena bagi hadiah juga tu, nanti hantar alamat melalui emel k, T. Kasih..

    ReplyDelete
  12. salam..
    sedih kan?
    atau memang dia
    mengejar populariti?
    semoga beliau bertaubat

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan cekgu naman itteww..

    ReplyDelete
  14. dunia akhir zaman bro...macam2...

    ReplyDelete
  15. @cikgu isza

    bab tu serak kat cikgu isza..hehe

    ReplyDelete
  16. @Faarihin

    entahla..kena buat polis report la dulu kan?

    ReplyDelete
  17. @Mohamad

    salam,

    apa lagi, budak² lagi malas la belajar, dan kerja cikgu² makin bertambah..

    ada hadiah? saya follow sebab cikgu mohamad follow saya..hehe

    ReplyDelete
  18. @Amir Izzat

    Waalaikumussalam,

    kalau pisang betul macam tu best jugak kan..hehe

    rasanya dah banyak kes macam gini sepi macam tu je..

    ReplyDelete
  19. @zulkbo

    salam,

    entahla, mungkin tak betul kot..hehe

    ReplyDelete
  20. @en_me

    salam ramadhan untuk en_me ittewww jugak!

    ReplyDelete
  21. @Eyriqazz

    betul tu..macam² sangat, tak tercapai dek akal ( macam lagu elyana lah pulak)

    ReplyDelete
  22. nak mencari glamour dan populariti dalam dunia ni memang senang kan naman...
    ada bakat jadi cikgu sejarah lah naman ni...

    ReplyDelete
  23. haha cikgu ni sempat lagi buat lawak, jangan guna untuk jawab exam tau. haha


    erkkk.. tak tau kisah lagi. cita sket, guna graf pun ok. haha. rindu zaman sekolah plak baca entri ni. euuwww

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post