''Assalamualaikum cikgu''.
''Waalaikumussalam.''
''Ganggu cikgu ke?''
''Takla mak cik .Kenapa?''
''Luna Maya (bukan nama sebenar) ni dari semalam dia balik lambat dari sekolah. Dia tipu mak cik..bla..bla..bla..Mak Cik ingat nak pergi sekolah esok berhentikan dia daripada sekolah.''
bla..bla..bla..malas nak taip, dipendekkan cerita saya bagi cadangan.
''Macam ni la mak cik. Esok kita pergi jumpa kaunselor sekolah dulu ye! Esok datang cari saya dulu, saya bawak pergi jumpa kaunselor.''
Masa dah sampai kat rumah, dapat panggilan telefon daripada mak Luna Maya( bukan nama sebenar). Dia dah tak tahan dengan perangai anak bongsunya yang suka menipu dia.
Luna Maya tu adalah pelajar kelas saya. Baru² ni ada sesi rumah Hari Terbuka di sekolah, di mana ibu bapa datang ke sekolah membincangkan hal persekolahan anak masing² dengan guru kelas. Kehadiran kelas saya( kelas ketiga dari hujung) adalah 14/42. Ramai kan?
Mula² mak Luna tu nampak menahan air mata yang bergenang, seakan tidak mahu menceritakan apa yang dia rasa (ilmu psikologi ni). Tapi bila ditanya apa sebabnya berulang kali, barulah beliau menceritakan perangai Luna yang sebenarnya.
Mula² mak Luna tu nampak menahan air mata yang bergenang, seakan tidak mahu menceritakan apa yang dia rasa (ilmu psikologi ni). Tapi bila ditanya apa sebabnya berulang kali, barulah beliau menceritakan perangai Luna yang sebenarnya.
Seringkali Luna menipu beliau. Balik sekolah lambat bagi alasan cikgu tahan, padahal kat sekolah tu cikgu² tak pernah tahan budak balik lambat. Tahan budak² balik awal adala. Macam² lagi diceritakan oleh emak yang pada jangkaan saya umurnya sudah melewati 50an.
Bahkan yang paling merungsingkan si Luna ni rapat dengan seorang lelaki dari luar, kata maknya. Anak gadis kan?Lagi lah menambahkan kerungsingan.
******************************
Keesokannya dapat mesej dari emak Luna.
sila klik untuk menjadikan ia besar.♥♥♥
Mulai dari itu setiap hari emak Luna akan SMS saya bertanyakan anaknya ada datang ke tak. Kalau memang tak datang dia akan bagitau jugak.
Persoalannya di sini, adakah masalah sikap pelajar² sekarang berpunca daripada
- didikan ibu bapa semata?
- guru kah? (selalu dipersalahkan)
- sekolah kah?
- pengaruh kawan kah?
- Persekitaran kah?
Atau gabungan banyak faktor?
Yang kita dengar sekarang bukan anak orang² biasa sahaja yang mempunyai masalah. Bahkan anak² ustaz, menteri², bahkan anak guru² sendiri. Kita hanya mampu mencuba sedaya upaya kan? Mendidik, berdoa dan macam² lagi. Tetapi kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah ia.
Nota Ringkas :Nasib baik tiada 'serangan' semasa Hari Terbuka.