Nak header percuma? Sila klik sini
KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
Wah..Boleh kembali berpolitik. Mungkin ada di antara guru² yang seronok dengan keputusan ini. Mereka² yang selama ini hanya berpolitik di meja² kantin akan berpeluang mengembangkan bakat mereka di arena pentas politik yang sebenarnya.
Tapi sebelum ni pun ada guru² yang berpolitik sakan. Berarak ke sana sini membawa bendera parti kesayangan masing². Kalau dibenarkan lagilah seronok kan?
Tak paham betul la dengan kuasa politik ni. Dari kawan menjadi lawan. Dari lawan menjadi kawan. tak tahulah betul² kawan atau 'musuh di dalam selimut'. Kerana politik yang haram boleh dihalalkan. Banyak lagi sisi hitam dalam sistem politik ni kan? Nak ulas pun tak reti sangat sebab tak minat sangat dengan politik. Tapi tengok ahli² politik berperang mulut seronok jugak kan?
Harap² situasi kat Korea di atas tidak berlaku di negara kita. Tapi bukan dah ada haritu yang baling² kerusi kat sini?Hoho
Nota Ringkas : Biarlah YB kekal sebagai Yang Berhormat. Jangan nanti rakyat tukar kepada Yang Bodoh@ Yang Bangang @ Yang Bahalol..Ops..Terlebih sudah.
Nota Tambahan : Tengah cari kawasan sesuai nak bertanding. Jangan lupa undi ye kengkawan!
Entri sebelum ini
Cerah harapan YB n@m@n ni.....
ReplyDeleteHe..he..
Errr.....tap ckLah DG apa ya?
ReplyDeleteAisey....DG-Mon sajalah....
tak suka pilitik :(
ReplyDeleteTAK SUKA politikus jugak...
ReplyDeletetapi kalau dapat kawen ngan YB nak jugak..tapi tu angan dulu-dulu...hahahaha
@ckLah@xiiinam
ReplyDeletejangan lupa mengundi Parti Ikan Laga ye!
@ckLah@xiiinam
ReplyDeleteDigital pun boleh..hoho
@cikgu isza
ReplyDeletesama ;)
@Damia Aleesya
ReplyDeletemaroh cik abe kae..hheeeeee
mengundi!!!
ReplyDeletePost a Comment