salam..

Baru² ni masuk mesyuarat kewangan sekolah. Yang terlibat adalah pentadbir, kerani kewangan,guru² kanan, guru-guru kiri, dan Ketua² Panitia. Chekgu adalah sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam ( berangan nak jadi ostaz ka chekgu oo!)

tu bukti dia..hehe

Dalam mesyuarat kali ni, semua panitia ditanya kenapa duit peruntukan masih ada banyak lagi. Setiap ketua panitia ada jawapan masing². Bila sampai giliran Panitia Matematik Tambahan.

Pengetua : '' Ha..Ni ada RM 1092.00 lagi ni kenapa?''


Dengan tenangnya (suara ala² Nasir Bilal Khan)

Chekgu n@m@n (bukan nama sebenar) :'' Puan, masih ada pembayaran sebanyak RM250 belum dibuat untuk bayaran buku.''

Pengetua : ''Masih ada banyak lagi tu. Nak buat apa?''

Chekgu n@m@n : ''Saya tengah merangka kelas tambahan selepas ujian nanti. Nanti nak guna peruntukan tu la puan''.

Pengetua : ''Lepas ujian ni ada ujian lagi (sambil senyum sinis). Cepat²la sikit ye!''

Oh..Terkena perangkap offside di situ

Sebenarnya kelas tambahan memang chekgu dah mula lama dah. Cuma hitam putih (kertas kerja) belum ada..hoho. Malas betul nak buat kertas kerja ni..lalala.

Yang pastinya, istilah² kewangan ni agak memeningkan. Cikgu yang DG44 (KP Kimia) kat sebelah pun duk tercengang melihat istilah² kewangan tu. Ditanya pulak kepada guru DG41 di sebelahnya yang belum sah dalam jawatan lagi tu..haiyaaa!

kena habiskan jugak, tinggalkan 10% sahaja ye cikgu²!!

nota ringkas : Ujian lagi. Silabus nak habis cepat, tapi ujian tak putus². Ingat ni pelajar² sekolah berasrama penuh ke?

26 Comments

  1. rm 200++ ribu setakat dah nak hujung tahun ni adalah satu baki yg besar.

    CIkgu,
    oleh appear ke amaun tu pada umum dgn letak di sini?:))

    ReplyDelete
  2. @sI tEDI

    tu bukalah amaun yang sebenar pon ;)

    tak boleh ke?kenapa?tak tahulah pulak..

    ReplyDelete
  3. no komen...kalau kak ayu, suka jer tgk duit banyak2 tak terusik....ni sampai kena habiskan jugak tu...

    ReplyDelete
  4. cikgu2 sekolah saya berbelanja dengan bijak..

    kata gb lama :)

    ReplyDelete
  5. perabis cepat2....habis susah...tak habis lagi susah...susah bila kena jawab !

    ReplyDelete
  6. wow,teruja tgk banyak duit........:)

    ReplyDelete
  7. Anonymous21 July, 2010

    Paperwork ni x leh ke bg je pd bangla ke indon ke.. leceh betul kan? Tu, rekod pelajar bertimbun2, berapa jam nak siap? Hadui..

    ReplyDelete
  8. salam,

    lho...boleh beli dusun durian tu....

    ReplyDelete
  9. kalau ler duit dalam akaun bank ku sebanyak itu.....raya sakan ler tahun ni beb..huhuhu
    baju raya xbli satu pun ag...tensiiiiiiiii

    ReplyDelete
  10. Bak sini duit tu Naman..tau la akak nak habiskannye..

    ReplyDelete
  11. ...jangan puloa nanti, dalam dok nak perabih tu, tak sedar terlebih pakai pulak.....jenuh nak bayar balik! He..he...




    Psst: Esok gaji...dpt tunggakan dari Januari...yeeeha!

    ReplyDelete
  12. bese la
    klu da jd cikgu tu
    bukan stkt mengajar je
    mcm2 kena buat
    mmg nk kena kejar silibus
    tp takot cpt sgt student pon xphm

    ReplyDelete
  13. @Damia Aleesya

    memang suko..

    tapi kalau tak pakai, peruntukan diambil balik, sebab tu pengetua suruh habiskan je..hehe

    ReplyDelete
  14. @cikgu isza

    bagus²..termasuklah cikgu isza kan?

    ReplyDelete
  15. @CgMas

    haha..nanti dibantainya bahasa depa..haruu

    ReplyDelete
  16. @Sharinginfoz

    nak belanja lah ni, dengan berhemah..hehe

    ReplyDelete
  17. @BIONIC WOMEN

    sampai raya 10 tahun akan datang boleh pakai..hehe

    ops..kenapa tak beli?

    ReplyDelete
  18. @sally

    nak beli gajet la tu..hihi

    ReplyDelete
  19. @ckLah@xiiinam

    kena berpada² la..macam main saham..ops

    tunggakan apa ckLah???berapa puluh ribu?lalala

    ReplyDelete
  20. @Noor

    kalau tak habis silibus, result teruk.depa salahkan silibus tak habis..haiyaa

    ReplyDelete
  21. banyaknya duit..kalau disalurkan kepada sesuatu yang baik sebagai aset sekolah..tak mustahil boleh berlipatganda demi kebajikan guru2 dan pelajar2..

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post