Salam hujung minggu yang menggembirakan..

Gembira bagi orang yang tak bekerja esok. Chekgu kena ke sekolah esok berkhidmat untuk anak nusa bangsa..Chewaaahhhhh!

Hoorayyy..Tora datang lagi, eh floria datang lagi. Kepada penggemar² bunga, 10-18 Julai 2010 akan berlangsungnya Taman Putrajaya (Floria) 2010. Tak perlu menjadi Mat Bunga untuk ke sini ye!

Gambar baru je ambil petang tadi..hoho..Ada countdown siap

pekerja² sedang gigih melakukan persiapan terakhir

BERTEMAKAN Keindahan Tropika, Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria) 2010 pada 10 Julai hingga 18 Julai ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan.Bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya, festival berkenaan menyaksikan pameran koleksi heliconia (bunga sepit udang) antara terbesar pernah diadakan dalam suasana taman.

Malah, bunga berkenaan turut mewarnai setiap sudut Floria 2010 seperti di zon floral alley, floral avenue, gerbang bunga, meadow, taman permainan kanak-kanak dan taman penggiat dan penanam bunga heliconia atau di zon festival.

Floria 2010 dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata festival itu adalah kesinambungan Floria 2007 dan 2009 yang penuh warna warni.

Beliau berkata, Floria 2010 menggambarkan kecantikan alam semula jadi yang diserikan dengan pelbagai bunga-bungaan yang unik dalam suasana taman sebenar.

Antara tarikan lain Floria 2010 ialah taman pameran reka bentuk terkini arkitek landskap dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, pavilion bunga berhawa dingin dijangka menarik perhatian pengunjung. Merangkumi laman heliconia eksotik, laman antarabangsa, laman Twilight, arca bunga, hiasan meja makan, dinding flora, sudut pereka dan pameran lukisan cat air heliconia. "Buat pertama kali, laman Twilight menggunakan kesan penataan cahaya," katanya.

Bazar Taman pula menawarkan pelbagai kelengkapan taman termasuk perabot dan tanaman hiasan yang menarik.

Tidak ketinggalan laman seni yang menjadi sudut khas kepada pencinta seni lukisan dan kraf. Penyertaan antarabangsa pula dijangka menjadi tumpuan pengunjung dengan penghasilan reka bentuk taman dan bunga-bungaan kreatif.

Pameran dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).


petikan dari Harian Metro

Sila ke sini untuk maklumat lebih lanjut

Kalau tahun lepas, Darwisy masih di dalam perut..hoho. Tahun ni bolehla Darwisy terpegun dengan warna-warni bunga itu ye!

Darwisy memetik bunga di Taman Botani..hoho

Nak tengok gambar tapir dan kancil daripada bunga (tahun lepas)?? sila klik link di bawah

5 Comments

  1. kalau tak der keje, memang dah nak gi putrajaya..last pergi april 2008, masa tu aleesya 6 bulan...

    ReplyDelete
  2. Visiting here friend, cool blog n n3..nice..Very special for u.. Don’t Miss it!

    ReplyDelete
  3. sonoknyerr gi nengok mungerr tewww..

    ReplyDelete
  4. tapi skrgn ni mendung la...aduhaii..

    takut2 hujan lah fulaks..

    tapi tak pe, minggu depan kan ada.. nanti maza terjah sama lah..heheheh

    ReplyDelete
  5. smlm g putrajay lupe lak nk singgah..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post