Salam.

Tajuk di atas adalah frasa Latin yang membawa maksud
"manusia itu, ketika ia mengajar, maka ia belajar"
Tahun ni genaplah 3 tahun menjadi seorang guru.( sah belum lagi, biasalah kan cikgu² ni lambat sikit proses nak sah). Dan ternyatalah frasa di atas itu benar. Tiada yang benar melainkan benar² belaka (chewah).

Apa yang kita belajar dekat Univesiti, dari teori pelaziman klasik dan segala mak nenek teori lagi kadang²nya nampak berkesan di atas kertas sahaja. Mengajar kalau ikut teori boleh berkesan ke? Itu yang cikgu² menyampah bebenor dekat orang² yang datang memantau. Segalanya kena ikut teori ini, itu dan ini lagi. Siap ada cikgu yang tak tahan suruh depa tu mengajar, nak tengok pulak..haha. Tapi teori² tu kadang² sangat berguna sebagai rujukan.

Semasa mengajar memang betul seorang guru tu akan belajar. Belajar macam mana nak hadapi pelbagai situasi sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) mahupun masalah disiplin. Kita akan berfikir dan berfikir, macam mana nak bagi budak faham, macam mana nak bagi budak akan ingat sesuatu formula dan bagaimana nak elak pelajar tidur semasa proses P & P. Itu hanya sebahagian, banyak lagi masalahnya kan?

Sebagai seorang guru baru memang banyak yang kena belajar!!

Guru² maktab lebih bagus

Ada juga pendapat yang mengatakan sesetengah U tu bagus dalam penghasilan guru, manakala U yang lain tak bagus.

Contohnya ada yang menyatakan guru² yang dilahirkan melalui maktab sangat bagus berbanding dengan guru² dari program pendidikan di Universiti² dan juga lepasan² KPLI. Alasannya maktab² lebih banyak praktikalnya.

Tapi bila tengok kat sekolah sekarang, ada guru² yang merokok di pondok jaga, dan di pintu pagar sekolah. Rupanya mereka dari maktab², bukan sebaliknya. Jadi tak semestinya guru² dari maktab tu bagus kan? Ada sesetengah GSTT (guru sandaran tak terlatih) lagi cemerlang dari guru tetap. Alahai.

Esok dah buka sekolah kah? hehe. Sesetengah zon dah memulakan sesi persekolaha hari ini. Selamat kembali bertugas!!

10 Comments

  1. salam naman..sebenarnyakan jadi cikgu tanggung jawab berat. bukan senang tau..akak dah rasa ..walaupun cikgu kecik ajer dulu..tengukt telatah budak skrg terukk sebab mak bapak terlampau dengar kata anak.

    Klah..selamat mengajar balik.

    ReplyDelete
  2. cam mana pulak dgn kes adik dpt upsi tapi xmau pegi.. sekurang2nya dia ada peluang kan nak didik anak bangsa..tpi mungkin dia takut jugak dgn bdak2 zaman skrg.. TT.. kagum dengan cikgu2 zaman sekarang yg sabar je dgn bdak2 yang ditatang bagai minyak yg penuh (erk,betul ke pribahasa nih?)

    btw, selamat mengajar kembali cikgu. ^^..

    ReplyDelete
  3. @kak ina kl

    betul tu kak..tapi sabor je lah..lama² biasalah..

    kadang² memang tak tahan ;)

    ReplyDelete
  4. @Liyana

    adik tak minat kot?hehe

    dah betul peribahasa tu..

    memang cabaran menjadi guru sekarang agak 'menggerunkan'

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Kak ros dah mengajar hampir 20 tahun..dari tahun 1990.. tapi setiap kali berhadapan pelajar yang baru tiap tahun..kita terpaksa belajar semula untuk menyesuaikan diri dan segalanya tentang pelajar kita..kita muka yang kita hadap setiap tahun tidak sama kerenah..tingkah laku dan pemahaman mereka..
    cuma satu perkara...never give up nak belajar...kerana satu hari nanti kita akan tahu ganjarannya apa...walaupun orang lain tak pandang pun kat kita..

    ReplyDelete
  6. selamat menjalankan tugas esok..

    ReplyDelete
  7. selamat kembali bertugas.....gagahkan dirimu untuk bertugas dengan lebih cemerlang !

    ReplyDelete
  8. betul3... kita belajar ketika mengajar... sokong!

    tapi kan cikgu.. perbezaan guru maktab dengan u tu macam tak sesuai pula contohnya.. mungkin beza dari segi mengajar dan mendidik anak murid.. bukannya dari segi sikap..

    apa2pun sepatutnya tiada perbezaan di situ.. kan sama2 cikgu.. ;)

    ReplyDelete
  9. cikgu sekarang memang lebih hebat dugaannya..
    walaupun bukan cikgu tapi amat memahami seorang cikgu..
    kekadang apa yg berlaku disekolah macam x logik jer boleh berlaku..hehe..
    anak murid skang semuanya advanced2..lebih advanced dari cikgu..henpon pun lagi canggih dari cikgu punyer..hehe

    ReplyDelete
  10. selamat mengajar

    sedang mengumpul rentak mengajar semula seperti sebelum cuti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post