A medical certificate is a document stating either that a person has passed a medical examination, or that a person is unfit for work for a stated period of time
wikipedia
Salam..
Nampaknya terpaksa mengalah juga bila bangun subuh tadi mama Darwisy cakap badan chekgu masih panas, atau lebih tepat lagi suam-suam kuku..hehe.
Pagi-pagi lagi 7.20 gerak ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Pergi lewat nanti ramai orang woo..Sekarang kan musim demam. Lebih kurang pukul 9 lebih dah selesai jumpa doktor dan ambil ubat. Kira cepat dah tu sejam setengah. Klinik kerajaan la kan ;)
inilah ubat dan sijil yang susah dapat kat klinik kerajaan ;)
Ini adalah MC kelima sepanjang 3 tahun bekerja. 3 kerajaan dan 2 swasta.
Ada orang cakap nak dapat MC kat klinik kerajaan ni kena tunggu badan dah tak boleh bergerak..haha. Suka hati je kan? Memang diakui doktor klinik kerajaan susah nak bagi MC. Hari tu pernah sekali kena neckpain, bila tanya MC takde ke? Doktor tu cakap
' Neckpain tiada dalam prosedur bagi MC'
Alahai. Sakit leher takleh gerak kiri kanan pun kena pergi kerja. Kalau kerja duduk je bolehla. Terus ke klinik swasta, doktor kat situ cakap kena rehat ni dan bagi MC. ;)
Tapi sesetengah ketua jabatan tak suka MC swasta sebab ia boleh dibeli. Pengetua lama dulu siap cakap, siapa bagi MC swasta pada hari Jumaat, depan-depan tu jugak dia koyak! wow.
Masaalah dengan klinik kerajaan ni adalah masa menunggu tu sangatlah lama kan? kadang-kadang sampai 3-4 jam. Adui. Sebab tu ramai orang lebih suka ke klinik swasta. Cepat walaupun berbayar bagi pekerja kerajaan. Pekerja swasta ada panel kan?
Jadi ada pro dan kons untuk kedua-duanya kan? Anda suka yang mana? kenapa?
Nota Ringkas : Balik dari klinik rasa macam dah sihat. Ubat tak makan pun. Sembuh cara psikologi ke?
saya 2 2 tak suka...pabila cikgu2 saya minta MC...mulalah hati resah....hahahaha
ReplyDelete@Damia Aleesya
ReplyDeletejangan koyak depan2 depa ye..hehe
haha...same here...i always feel better after visited the clinic....not even consume the medicines :-P
ReplyDeleteoo.. MC lah ni.. rehat tau.. tido.. zzzzz
ReplyDeleteopis aku tak dilanda musim demam lagi
ReplyDelete@ohmywtf
ReplyDeletemiracle right? ;)
@cikgu isza
ReplyDeletetak nak tido, nak online..hehe
@HEMY
ReplyDeleteAlhamdulillah..Jaga-jaga la ye ;)
selalu dapat mc. Tapi tetap pergi kelas.. hehe..
ReplyDeleteakak memang mc swasta je naman, tak kira....
ReplyDeletehuhuhu...memang!! kadang2 ak nak dapat mc pown susah kat klinik gov...da la,demam panas...huhu...last2 g klaz gak...huhu..
ReplyDeletemmg nyampah. tp dulu ms keja,klinik krjn dkt dgn tmpt keja..at least,xdela lama sgt..tu yg maleh keja krjn-xde klinik swasta panel..huhu
ReplyDeleteAssalam mu alaikum wr wbt.
ReplyDeleteSeingat saya saya hanya guna MC tiga hari sahaja sepanjang berkhidmat 32 tahun. 2 hari dari klinik kerajaan dan 1 hari dari swasta.
Ada dua MC yang diberi oleh swasta saya tak gunakan kerana saya masih boleh mengajar.
Masa ini di Glasgow.
Post a Comment