Salam..

Alhamdulillah, setelah 5 hari Darwisy demam, hari ni demamnya dah kebah. Kali kedua demam. Kali ini betul-betul ambil masa untuk kebah. Sungguh merisaukan! Kali pertama Darwisy demam diceritakan dalam entri ubat bontot.

gambar-gambar di bawah diambil semalam. Badan Darwisy dah mula susut sedikit. Kesian kan. Punca demam adalah jangkitan kuman.


Gelak jugak akhirnya..Sebelum ni senyum pun tak


Hari ini Darwisy dah mula main-main macam biasa, bercakap dengan bahasa dia sendiri dan mula boleh menyusur ke depan ;).

Tapi yang sadisnya ,bila anak dah mula kebah, bapaknya pulak yang demam!!! Adui. Dari pukul 3.30-5.30 tidur tepi Darwisy. Masa tu hanya sakit kepala je, bila bangun dah mula rasa seram sejuk..hoho..Terus ukur suhu di celah ketiak (yarksss!!) menggunakan termometer digital murah.

37.70c

Dahla demam, cirit birit pulak!! Bertambah la aduii! Makan apa entah. Alhamdulillah, dah lama tak demam dan susah nak demam. Tak silap kali terakhir demam beberapa tahun lepas. Jadi bila demam ni risau pulak melarat.

Kali ini cuba menguji produk-produk alami iaitu semulajadi berasaskan herba.

Minuman IMT untuk legakan demam.(ganti air badak berendam)

dari google images minyak but-but dicampurkan dalam air suam untuk cirit birit

Alhamdulillah demam chekgu dah kebah, cuma cirit birit adalah sikit-sikit..hoho. Kalau tak kebah tak larat nak menaip ni!

Darwisy pula menggantikan tidurnya yang terganggu akibat demam sebelum ni. Masa demam setiap setengah jam mesti jaga dan menangis. Maka terjagalah papa dan mamanya dari tidur malam yang indah itu..huhu

Abaikan kain batik tu ;)

Nota Ringkas :Mintak-mintaklah demam dan cirit birit ni tak melarat. Malas nak MC ni..

13 Comments

  1. kawe pun batuk tak henti2 ni

    ReplyDelete
  2. salam..ala kesiannya Darwisy demam...bapaknya tu...makan ubat ikut arahan tau...ni lah dia cikgu cemerlang...jika sakit - bimbang sakit melarat...saya pun sedang batuk2 ni! sama lah petang tadi makan ubat - hantam tidur!

    ReplyDelete
  3. @imanshah

    kawe pon ;) lama senyap dik gu?

    ReplyDelete
  4. @sonata anak kancil
    dah musim dia kan? ramai betul orang demam

    akak sonata pun jangan lupa makan ubat on time ye..hehe

    ReplyDelete
  5. MakLah pun demam lagi ni....srooottt.

    ReplyDelete
  6. huhu..boleh main pas pas lah demam ni...

    ReplyDelete
  7. takmau demam sebab bila demam mesti muntah.. tu yang x lalu..

    jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  8. Baby Development - Month 4 - 6 plak...yay! ^_^

    ReplyDelete
  9. Anonymous20 May, 2010

    moga cepat semboh,

    salamm n thanx singgah blog haku yang xde apa2 tuh,

    ReplyDelete
  10. @cikgu isza

    nasib baik saya tak muntah-muntah :(

    ReplyDelete
  11. @thunbergia

    terima kasih tun..hehe

    blog ni juga tiada apa2..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post