Salam..

Pagi-pagi hari Selasa semalam, tengah siap-siap nak pergi sekolah (macam budak sekolah daaaaa), tiba-tiba dikejutkan dengan suhu badan Darwisy

38.20c

Fuh! Terus terbantut hasrat murni nak pergi mengajar dengan penuh dedikasi dan berkakilebar bak kata Fiza (chewahhh). Terus fikir ambil cuti je la. Alhamdulillah, sebelum ni Darwisy tak pernah demam lagi. Berkat susu badan barangkali. Jadi bila kena kali pertama ditambah pula suhu setinggi tu, agak merisaukan apa kesannya nanti.

Jadi inilah cuti rehat yang pertama untuk tahun ni..hehe. Jadi cikgu ni bukan senang nak guna cuti rehat khas tujuh hari setahun tu. Dan hari ini chekgu jadi Mr. mama sebab chekgu suruh mama Darwisy pergi kerja sebab tempat kerjanya boleh diintai dari balkoni rumah, tak semacam tempat kerja chekgu yang sejauh 60km sehala tu!!

kesiannya hero papa ni..hoho

Tak jadi pergi klinik bila suhu badan Darwisy turun. Lagipun ubat demam yang dapat setiap kali pergi cucuk berbotol-botol tak pakai lagi.


lepas tido bangun tengok kartun kegemaran, hagemaru..Siap remote kat sebelah (sila abaikan keadaan tilam yang bersepah ye)


Bila lapar hisap susu semulajadi yang bukannya berasal daripada lembu.Hehe. Susu badan yang gigih dipam setiap hari oleh mama Darwisy. Panaskan je yang dalam peti ais, nak bagi yang chekgu punya tak keluar susu..hahaha

pandai pegang sendiri dah. ;)

Dah kenyang tido balik dengan memakai pampers saja..hehe..nak bagi badan sejuk sikit.


lepas tu bangun duk main dengan kaki.


Bosan main dengan kaki, mainan kan ada


Suhu badan sentiasa dipantau. kejap naik kejap turun, sampailah dekat pukul 7 petang suhu nak mencecah 390c > Terus ke klinik dengan kelam kabutnya.

Kat klinik doktor bagi ubat bontot..Bukan lucah ye..hehe..Orang panggil ubat bontot walaupun nama sebenarnya adalah Voren Supp. kenapa ubat bontot? Sebab ubat tu dimasukkan melalui bontot..huhu. Kata doktor ia tak banyak beza dengan ubat demam biasa, cuma kesannya lagi cepat. Kalau orang dewasa macam injection kot!

Orang dewasa ada ubat bontot jugak tak?hehe

ubat demam jenis sirap dan jenis bontot(haha)

Nilah dia rupa ubat bontot tu! Macam peluru kan?


Chekgu pun tau apa dia ubat bontot tu melalui Fiza. Jakunnya chekgu ni!!!

Alhamdulillah.Lepas balik dari rumah demam semakin kebah dan siap berposing lagi..hehe


Nota Ringkas: Pagi ni mesti sibuk je anak murid tanya kenapa cikgu tak datang semalam? Cikgu ponteng ke? Cess! ;)

12 Comments

  1. Semoga Darwisy sembuh sepenuhnya.

    Elok simpan ubat bontot tu kalau anak demam senang nak guna. Kalau baby cuma bagi separuh. Potong dgn gunting. Yg lebih tu buang saja. Jangan digunakan.

    ReplyDelete
  2. YB~TQ

    ubat bontot doc bagi 2 je..hehe..kalau tak panas simpan je

    ReplyDelete
  3. ohh..mcm tu ke ubat bontot. ni 1st time tgk ubat bontot utk demam. sebelum ni ingatkaan ubat bontot ni utk sembelit jer..hmmm

    ReplyDelete
  4. ubat bontot ni kalo suhu ank tgi mmg kena msk ubt bontot cpt skit kesan nye..cuma kdg2 baby tk selesa la tp kena ada cr la time nk sumbat ubt bontot tu...

    mmg kena ada spare ubt tu kt umh

    ReplyDelete
  5. hehehehe..ubat bontot ni mmg sentiasa ade kat peti es ni...

    kalau letak luar dia akan cair..jgn buang tau..masuk peti es 5 minit dia akan beku balik.....

    ade baby.... peti es mmg penuh dgn ubt jer... hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam ..
    alhamdulillah darwisy da ok yek..smoga sembuh sihat ceria sepenuhnya..
    bkn apa sian kalo bb demam ni..

    ReplyDelete
  7. jangan ditelan ubat bontot itu, :-P

    salamm,

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah demam Darwisy dah kebah...

    ReplyDelete
  9. comel darwisy ceria2 lepas demam...
    pakai pampers saiz s ke darwisy? naman, kalau nak beli pampers murah, beli kat TESCO, drypers rm30 (M84) huggies M80 RM29. eh, tetibe hal pampers lak. haha

    ReplyDelete
  10. Tahniah Mr Mama....begitu teliti menjaga putera yang gering....


    Kalau macam ni, tentu Mama Darwisy dapat pergi kerja dengan tenang...

    :)

    ReplyDelete
  11. Mata Hati~ada..nak try ke?hehe

    mama tisya~ owh..ada 2 lagi, boleh simpan la..

    hati-ema~yeke. Tpi minta2lah anak kita tak kerap demam ye

    mummyseri~Salam.TQ

    TB~salam..wokeh!!

    Bapak~;)

    Echah~ ada satu paket lagi saiz S, haritu beli doh 4 bungkus saiz M kat K4..30.90 sebungkus..hehe

    xiinam~mamanya sentiasa menelefon kerana risau..hehehe

    ReplyDelete
  12. hihi..
    bikin keco saje..
    obat bontot tuh..
    hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post