Macam terlambat je buat entri ni, takpelah..buat jugak..hehe
Sukan kegemaran sebenarnya banyak. Tetapi yang tetap menjadi pojaan hati adalah
bola sepak la kan? Dah nama orang laki, takkan bola jaring pulak
Permainan berebut bola yang satu ni sungguh mengujakan lebih-lebih lagi masa menggelecek, menjaringkan gol dan juga melakukan skill aneh..hehe
Antara kenangan-kenangan bersama sukan ni
Antara kenangan-kenangan bersama sukan ni
1)Sekolah Rendah
Bermain bola plastik sahaja..haha. Siap ajak geng kampung sebelah. Main dekat laman rumah kawan yang berpasir. Keluasan padang kecil sedikit daripada gelanggang bola tampar. Dari gol sendiri boleh sepak masuk ke gol lawan
2)Sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 dan 2)
Masa ni maju sedikit. Ajak lawan dengan kelas lain. Main pagi-pagi dekat padang sekolah , petang tu pulak sekolah. Masa PJ pulak ada 2 geng, satu geng Liverfool Liverpool, satu lagi geng Man Utd.
3)Sekolah Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5)
Wakil sekolah ke peringkat daerah. Setiap hari berlatih bagai nak rak tetapi tetap kalah. hehe. yang paling manisnya chekgu ada score gol guna kaki kiri je..haha. Yang kelakarnya semua pemain bolasepak terus dipilih mewakili daerah dalam permainan ragbi.Ya! Ragbi dengan asas yang langsung tiada. Kalah berpuluh-puluh kosong dengan pasukan asrama penuh. Baju-baju murah yang dipakai semuanya koyak.
4)Di UKM (2003-2007)
Beralih kepada permainan bola tampar tetapi tetap turun bermain bola. Bahkan kadang-kadang 2 sekaligus. Tak percaya? Banyak juga menyertai pertandingan anjuran persatuan-persatuan negeri. Paling diingat pernah berada di posisi center back sampai cramp nak kejar penyerang lawan yang macam lipas kudung tu. Posisi kegemaran attacking midfielder.
Sekarang? Gantung but dah dan menjadi penternak lemak yang berjaya!
Antara yang palaing seronok bermain bola ni adalah belajar kemahiran menimbang bola ataupun juggling. Syok kalau dapat buat skill hebat-hebat tu..HOho.Tapi hanya berjaya belajar sendiri beberapa skill je seperti video di bawah.
dirakam di tingkat 4 rumah flat akak. Aksi berani mati ni..hehe
Belajar juggling masa di tingkatan 2. Berlatih di atas rumah papan kat kampung je, nasib baik tak roboh. Puas kena leter dengan mak.hoho.
Sekarang minat ni nampaknya diwarisi oleh hero yang seorang ni. Tengoklah aksi Darwisy bersama bola mainannnya. Bapak borek anak rintik la kan? ;)


nak jadi keeper ke??
Kalau bermain tentulah berpeluh kan? Baunya kadang-kadang, hmmm..hehe. Nasib baiklah ada produk-produk dari Adidas di bawah ini menyelamatkan keadaan.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Nota Ringkas: Bila nak start balik main bola?
Darwisy nanti sarung jersi no berapa agaknya?
ReplyDeleteberapa bulan lagi agaknya boleh ajar Darwisy sepak bola???
ReplyDeletea kl citizen~ em..no 10 kot sempena bulan kelahiran..hehe
ReplyDeleteCM~dah ajar dah la ni..hehe
good luck cikgu :)
ReplyDeletewah..panjang entry cikgu.
ReplyDeletehehehe..
best2..
gambar makin cantik la..
comel darwisy :)
ticher pakai kamera jenis ape?
ReplyDeleteanyway... nnt besar darwisy tu klu jadi footballer ticher jgn bg dia kawen dgn artis taw?
hiks...
Post a Comment