Maaf kepada jusco, ini bukan entri nak mengutuk atau menjatuhkan jualan anda kerana saya pun selalu jugak menghulurkan duit di kaunter pembayaran Jusco tu..hoho. Terutama bila Hari Jusco Card.
Kalau kita tengok dari atas kedua-dua bekas ini macam sama saiz je kan? Sebenarnya tidak. jangan tengok hanya melalui satu pandangan sahaja. Begitu juga dengan kehidupan kita kan? Jangan menerima satu pandangan sahaja, kerana ia tak semestinya betul
Cuba kita tengok pandangan sisi
Macam ni rupanya. Satu tinggi satu
Yang rendah boleh diisi dengan 2.5 liter air manakala yang tinggi tu boleh diisi sebanyak 3.25 liter air.
Harga yang rendah itu adalah
ya, dibeli di Jusco dengan harga RM13.90
Harga yang tinggi pulak
Dibeli di kampung dengan harga RM7.50. Kedai Long Wan yang menjadi tempat 'favourite' setiap kali balik ke Kulim..ehehe
Tak ke pelik dengan muatan 3.25 liter harganya kurang hampir separuh dari yang muatan 2.5 liter . Apa maksudnya itu? Kedai kecil boleh jual jauh lebih murah dari kedai bertaraf mega gitu.
Maknanya mesti harga modal rendah tapi dijual dengan harga tinggi. Mesti untung banyak kan?hehe. Sebab tu la boleh buat sale mega. Apa-apapun kita sebagai pengguna mestilah bijak kan?
Hairan juga kadang-kadang bila dibandingkan ada sesetengah barang mahal kat Pasaraya A, tapi murah kat Pasaraya B. Tapi dalam masa yang sama ada barang yang mahal kat Pasaraya B sebaliknya murah dekat Pasaraya A. Depa pakat ke apa haa?
Nota Ringkas: Teringat dulu rumah adalah kedai runcit juga. Kecil-kecil lagi sudah berniaga ;)
salam buat naman...
ReplyDeletefuhhh..dasat buat perbandiangan...ni boleh jadi pengerusi kelab penguna ni....kawey caya ke demo....bodo-bodo baik jadi cetong...hehehehe
pak long~maso sekolah dulu jadi doh pengerusi kelab pengguna..
ReplyDeletecetong takpo, jange kekcong sudoh..hehe
lain kali p beli kt Baling..lagiiiii murah..
ReplyDeletemungkin yg jusco punyer tu guna bahan plastik yg bermutu tinggi kut.hehe..
ReplyDeletekakjie~ lalu je Baling, tak pernah singgah
ReplyDeletetapi tau periuk,kuali kat situ memannnnggg murah..hehe
abang penyu~ mungkin kot..plastik disadur emas 19.9 karat..hehe
memang perasan taktik jusco.. lepas offer pun harga masih tinggi :(, truk kan3
ReplyDeletebetullah, selama nie x berape perasan sangatlah. Skrg nie baru tau
ReplyDeletelongwan kat kulim tadak tempat laen dah..depan umah aku ja..hahaha
ReplyDeletePerbandingan yang sukar ditandingi...
ReplyDeleteTapi 'kos sebenar' bagi bekas yg tinggi tu belum termasuk duit minyak & tol nak kena balik Kulim..hehe (",)
Anyway, baguslah kalau ada ramai konsumer yang alert dengan hak2 kepenggunaan, terutamanya yang berkaitan dengan harga.
Don't feel offended, ye! It's my 2 cents worth...
yup..jgn terpedaya dgn jualan murah kat mana2 pasaraya. buatlah perbandingan harga dulu sebelum membeli. ada baiknya menjadi cerewet sedikit asalkan menguntungkan diri..
ReplyDeletekalo sy xde la nkl bli tapawer kat jusco ni..mahal!g sane bli2 baju ke boley la..haha
ReplyDeletejauh berjalan luas pandangan kannns,
ReplyDeletesalamm,
salam. sy beli barang2 plastik di kedai 99 atau ceria atau borong sakan di tanah merah, kelantan. benda2 di pasaraya hyper ni mahal spt basikal, TV, tupperware dll. kalu barang dapur tu mmg le murah. so mereka turunkan di bhgn ini tp naikkan harga di bhgn lain. taktik biz la tu.
ReplyDelete*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...
ReplyDeletebanyak yang palsu dipasaran sekarang, berhati-hati..
ReplyDeletetu la dia... ingatkan kita untung bila ade sale 70%, rupa2nya bukan UNTUNG, tapi kurang RUGI berbanding hari-hari lain...
ReplyDeletemak aih....jauhnye beza..cekik darah tul jusco nih. logik jugak dorg slalu je buat sale kan...saba jela.
ReplyDeleteps : kenapa tak sediakan ruangan komen untuk Nama/URL. saya ade blog http://sekilass.com..tapi terpaksa guna google account
La....
ReplyDeletechekgu nie org kedah gak ka?
Nana org SP.. heheh...
Kalau rajin gi kedai yang terpaksa berpanas/peluh ketiak sket... sure leh dpt brg at the best bargain!
Cuma org skang manja (inclusive me as well)... Tanak panas, tanak susah.. Nak parking, turun trus gi beli, pastu singgah mkn ayam penyet.. (contoh jek ya)..
:)
hohoh tapi tak ada pilihan lorr, dah kawasan rumah tempat beli barang hanyalah di shopping complex..pasar tani pon harga lebih kurang je..
ReplyDeletematerial xsama kot...
ReplyDeletexpun, jusco import jug tu..
heheheee
jusco terkantoi ke..hahahak
ReplyDeleteHarga yg murah tidak semestinya murah,
ReplyDeleteMurah lagi di jual di pasar malam,
Barang yang murah jgn disangka harga rendah,
Jika benar berlaku ia betul2 kejam.
hohoho..teknik super kat jj dan pasaraya lain...
ReplyDeletebarang2 camni mmg baik beli kedai2 kat luar..mmg lagi murah =)
Suami sy kata, selalunya harga masa offer tu adalah barang2 yg dh tak laku sbb tu dijual scr offer. Than, brgn yg dihargakan dgn harga offer tu, sbnrnya hrga yg lbih mahal jika dibandingkan dtpt2 lain. Kesimpulannya:kalo rajin, survey dulu baru beli. Kalo tak rajin n tak sempat, beli je la... haha
ReplyDeleteTapi, best pe membeli belah d Jusco a.k.a AEON sbb, sll dpt balik melalui reedem voucher n pelbagai lg voucher. Cuma nak membli, kena listdown dulu... kalo tak listkan... alamat ba...nyak barang tak patut yg terbeli.... biasala...anak2 ramai... haha
Post a Comment