Panas..Itulah barangkali antara perkataan yang banyak dituturkan semenjak dua menjak ini

imej terkini matahari sumber ; SOHO
12.30 tadi masuk ke kelas nak mengajar Add Maths, tengok masing-masing gelisah macam cacing kepanasan. Masing-masing nak duduk di bawah kipas. Bahkan ada sang lelaki yang membuka beberapa butang baju yang atas, menunjukkan dada yang tak beberapa berketul tu..hoho
Itu belum dikira cikgunya yang berjalan melintasi beberapa blok, menuruni berpuluh anak tangga ke kelas yang terakhir untuk hari ni..Semasa mengajar terasa air peluh mengalir semacam Sungai Kinabatangan, mengalir dari atas hingga ke bawah umpama Niagra Falls

Dalam bilik guru juga sama bahangnya, kipas yang hanya berpusing-pusing di ruang tengah bilik guru pada kelajuan yang maksimum tetap tak berupaya mendinginkan badan chekgu yang berada jauh daripada kipas.Barangkali mereka yang duduk dalam kedinginan 'aircond' tidak dapat merasakannya
Masa hujan kita mengeluh
Masa panas kita mengeluh
kita nak macam mana? suam-suam kuku??hoho
********************
jika tiada mentari
mana bisa rembulan
sinar di malam sepi
jika ditakdirkan begini
kurelakan terima
syukur yang diberi
Lagu: Kau yang mengetahui
Album: Arus Qudus
Artis : Yasin

jika tiada mentari Lokasi : Kulim, Kedah

mana bisa rembulan Lokasi : Pasir Puteh, Klate
kita belajar sains/ilmu alam sedikit ye!!
Q; Is moonlight reflected from the sun?
A: What we refer to as "moonlight" is, actually, reflected sunlight. The moon does not produce its own light.
memang panas naman,
ReplyDeleteakak , kat sekolah beli kipas sendiri, sebab macam naman lah duduk jauh dari kipas
a kl citizen~ saya pun kalau dapat kipas sendiri pon bagus kak..hehe
ReplyDeletepanas, nak buat kerja tak selesa
Kalau nak bilik sejuk....jangan jadi cikgu. kan...kan..kan...
ReplyDeleteMusim macam ni, kena pulak merentas desalah, sukanlah...lagi rentung dibuatnya...
Pssst: Asal jangan ada orang bikin panas sudah di tengah cuaca pijar ni..ahaks!
xiiinam~ hehe..cikgu kan 'membakar' diri
ReplyDeletesiapa tu bikin panassssss??????
memang cuaca panas...tapi saya dalam air-con pun sentiasa panas!!!setiap kali solat sentiasa berdoa supaya tidak berlaku perkara2 yang diingini...kalau panas...hu3x satu sekolah boleh panas loooo....
ReplyDeletesonata~ saya suka menumpang aircond di bilik GKMP..hehe
ReplyDeletePost a Comment