Satu peringatan untuk diri sendiri

Salam semua.

Baru-baru ni chekgu ke Klinik Kesihatan di sini yang canggih, banyak bilik doktor tetapi doktornya beberapa orang sahaja..hoho.Pergi untuk cucuk Darwisy 5bulan. Alhamdulillah nasib baik tak demam. Selama menunggu tu chekgu bacalah apa yang boleh dibaca kat dinding tu, maklumlah, membaca amalan mulia..chewahh.

Ada satu artikel yang rasanya memang patut kita sebagai blogger tegarataupun yang suka duduk depan komputer lama-lama tu baca.Mengenai postur badan yang betul semasa menggunakan komputer. Chekgu tau ramai yang main hentam je kedudukan ketika menggunakan komputer termasuklah chekgu.

ada yang duk macam ni?

Mungkin kengkawan yang sedang baca entri ni sudah berjam-jam lamanya di depan komputer; baca email, menjelajah dari satu blog ke satu blog untuk klik-klik dan up trafik, dari satu laman web ke laman yang lain pulak. Bila berada di depan komputer, sedar tak sedar masa berlalu sangat pantas.

''Eh..Dah pukul 12 tengah malam. Tadi baru pukul 12 tengahari'' (melampaunya)

Bila rasa lenguh dan sengal dah menangkap tengkuk, pinggang, pergelangan tangan, kaki atau apa-apa sajalah, itulah masanya untuk berhenti sekejap untuk rehatkan dan longgarkan urat, sendi dan tulang anda....

Dan penjagaan mata juga penting, setiap 20-30 minit kena buat senaman mata. Macam mana tu? Ala..Regangkan otot yang ada kat mata,pusing-pusingkan mata.Jangan risau insyaAllah tak juling. Lepas tu kalau ada benda hijau kat depan bolehlah pandang bagi rileks mata, kalau takde pokok,boleh pinjam bendera pas kat rumah jiran ke.

Tapi kalau tengok blog yang hijau berkesan tak?hoho

Kat bawah ni ada artikel yang chekgu petik dari ladang laman web Kementerian Kesihatan. Kalau rajin bolehla baca.

Buat Senaman Mudah Setelah Lama Guna Komputer

klik gambar untuk besarkan



Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom :

- Cepat penat
- Mengah
- Sakit dada
- Denyutan nadi laju
- Lemah di bahagian kaki
- Kurang selera makan
- Batuk
- Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Pencegahan :
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan minum airbatu
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan :
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Nota Ringkas: Harap-harap memberi info.

12 Comments

  1. huhuh....thanks 4 sharing..
    dahle nk kopi gmbr tu suh beli kedai...kecik laaa..heheh

    ReplyDelete
  2. Artikel yang berguna sangat.....terutama untuk para bloger tegar...

    ReplyDelete
  3. Salam chekgu.

    digicam biasa je pun ok utk HDR! ^_^ yg trial version tu bole guna sampai bila², no xpiry date. CUMA nanti ada caption kt bawah pic "This is a trial version......." tp x mnjadi masalah langsung, boleh crop gambar tu bila dah diHDRkan. yay! ^_^

    ReplyDelete
  4. ambo 2 jam jah kalu sekolaoh..kalu cuti 20 jam..haha

    ReplyDelete
  5. cube cikgu demo sikit senaman mata...

    p/s:nk beli mesin urut mata mahal sgt..
    hahaha

    ReplyDelete
  6. naman

    takutnya baca info ni

    umur pendek ya dok depan komputer...
    dok depan papan hitam lama2 menghidu kapur pun memendekkan umur gak...


    tapi
    apa pun
    dtg ambik award kat blog akak ya

    http://klcitizen.blogspot.com/2010/03/tangan-yang-memberi-lebih-baik.html

    ReplyDelete
  7. betullah cikgu...sebab tu kak jie semakin kurangkan waktu mengadap pc..dah tua2...ni

    kena sedar diri gak! :p

    ReplyDelete
  8. salam,

    nak wat apapun....jangan lama-lama ngat...buruk padahnya....ngam-ngam dahla!!

    ReplyDelete
  9. dahlia~aikk..klik bagi besauuuu.;)

    xiinam~moga bermanfaat

    bain~wokeh..nt nk try

    imanshah~tdo 4 jam jah?

    tengku~ wah..kena rakam bideo la..huhutang

    akak Key-L~ hehe..InsayaAllah dah adsa idea nak buat entri pasal tu

    cegulin~urwelcome ;)

    ahmad Humairi~ ngam ho.(lagu spider)..hehe

    ReplyDelete
  10. Tk kongsi maklumat...tidur @ keje tak berair-con...hu3x panas loooo.....awas bloggers tegar!!!

    ReplyDelete
  11. kak jie~ takpe..blog kak jie sentiasa ada pengunjung..hehe


    sonata~nasib baik toilet tak pasang air cond

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post