Salam semua..

Ayat di atas sangat sinonim dengan dunia sekarang kan?

Menteri wanita? Dah lama ada
Pemain bolasepak wanita? Ada.Siap ada Piala Dunia tu
Pengadil bolasepak wanita? Pun dah ada
Pemandu bas/kereta sewa wanita? Dah ramai dah
Wanita yang jadi imam?Pun ada..Iskh..iskh
Minah rempit?hmmm..kalah Valentino Rossi

Sila tambah lagi ye..Malas nak fikir dah..hehe

Sebenarnya chekgu nak buka cerita yang agak hangat di sekolah baru-baru ni.Bukannya tagline Hot FM lebih hangat daripada biasa. Bukan juga hangat sebab cuaca mencecah 38 darjah celcius(terpaksa eja sebab tak tau nak buat superscript kat blog..haha). Juga bukan mengenai laksa pinang yang berharga RM2 yang kuahnya hangat di dapur kantin sekolah.

Tetapi kes gaduh..

Hangat sangat ke tu? Dah biasa la sekarang ni cerita gaduh-gaduh kat sekolah kan?hoho

Memangla dah biasa, setakat orang luar bawak kayu nak hentam budak sekolah chekgu,sekat bas sekolah, humban motor dalam longkang tu memang dah biasa la..Tapi biasanya yang terlibat adalah pelajar-pelajar lelaki. Perempuan pun ada kadang-kadang tapi setakat tarik-tarik rambut ,gunting tudung, tolak -tolak camtu je kot..

Tapi kali ni melibatkan aksi dengan kayu hoki dan juga pijak-pijak kepala dalam pergaduhan melibatkan pelajar-pelajar perempuan. Sampai ke tahap tu? Cerita sebenar tak berapa jelas sangat tapi dengar-dengarnya kes berebut 'boyfriend'. Yang lebih dasyat lagi ia adalah rentetan kes tahun lepas..Alahai

dan salah seorang yang terlibat adalah anak murid chekgu sendiri. Berada dalam kelas ketiga yang mengambil subjek Add Math. Kelas yang rata-rata Matematik PMR C bahkan ada yang D mengambil subjek Add Math (penangan 60:40)

Pelajar ni menunjukkan minat dalam pelajaran Add Maths, selalu bertanya kalau tak faham,dan ada harapan untuk lulus Add maths berdasarkan prestasi dalam kelas dan juga kerja sekolah. Tapi itulah, 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya' ..gelora di hati siapa yang tahu kan?

Cadang nak letak gambar pelajar perempuan bergaduh, tapi tak sanggup pulak nanti nak tengok aksi gaduh sebegitu kat sini..huhu..Kita tengoklah aksi gaduh-gaduh yang comel ni ye




Nota Ringkas: Pengaruh globalisasi tak mengenal siapa.Minta-minta jauhla mengenai ahli keluarga kita dan sekalian umat manusia.

9 Comments

  1. ade 1 yg pompoan x ley wat laki ley wat.. nak taw ape???

    laki leh kawal emosi mereka.. wanita??? hampeh... kalo gaduh ckit je.. mintak clash.. mintak cerai la...

    so????????????

    ReplyDelete
  2. zairie~fuh..emo nampak..hehe..ciptaan Tuhan ni semuanya indah ;)

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,
    selalunya kan.. budak budak kan.. kalau gaduh kan.. mesti pasal tu.. sanggup bunuh wooo

    ReplyDelete
  4. memang pun last year bebudak pompuan baru form 1 dan 2 skolah IP boleh gaduh sesame diri pasal boifren.. lebih advance lagi bebudak pompuan nih yg dok ngorat bebudak lelaki ..

    ReplyDelete
  5. wanita leh jadi tok mudim? tok kadi ke? ekekeke....^_^'

    ReplyDelete
  6. bawak jumpa gua. lampin pon mak belikan lagi. nak bopren2. jentik telinga mereka cikgu!

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    mmm, bebudak sekarang..
    best jadi budak lelaki tu lah ya
    saham tinggi

    menjadi rebutan jelitawan sekolah

    ReplyDelete
  8. salam buat cikgu...
    wooo...ko punya kajian dasat wo...nanti sambung lagi ent3 apa yang pompuan leh buat sama ngan lelaki...

    ReplyDelete
  9. tapi ade gk yg laki wat kompon2 girl takleh wat..apa dia ek?

    hahahhah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post