sebuah lagu yang menusuk kalbu bagi seorang pendidik


Lirik lagu biarku menjadi lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

*****************

Sejak kebelakangan ni nampaknya 'core business' cikgu banyak diganggu oleh pelbagai tugasan yang hanya nampak 'wow' di atas kertas tetapi tidak realitinya

Di bilik guru, dah susah sekali nak tengok guru-guru menyediakan bahan sebelum masuk mengajar atau mentelaah buku-buku rujukan sebagai tambahan, termasuklah chekgu

Apa yang dikelam kabutkan adalah kerja-kerja rencam...

Ada seorang cikgu lama berkata

'Dulu tak ada ni semua pun dapat lahirkan Tun Dr. Mahathir dan lain-lain lagi

Erm..Nak komen panjang-panjang pun chekgu ni mentah lagi dalam profesion ni..Tetapi benda-benda macam nilah yang menyebabkan anak-anak muda khususnya lelaki tak berminat menjadi guru..Dan mungkin yang sudah menjadi guru menukar profesion...MUNGKIN..segalanya mungkin

Sebenarnya mengajar itu sesuatu yang seronok..tetapi kerja-kerja selain itu, yang ada saja nak ditambahkan menyebabkan hilang keseronokan

Ada sesetengah kerja tu memang tak memberi manfaat bagi sesetengah sekolah..

Ada seorang cikgu yang pergi induksi baru-baru ni bertanya mengenai TOV(take off value) kepada pegawai KPM yang menjaga semua hal mengenai TOV yang kebetulan memberi ceramah..

'Sekolah mana?'tanya pegawai tu

'Sekolah Pinang Sebatang(bukan nama sebenar)'jawab cikgu tu

'Sekolah Pinang Sebatang? Ala..Tak payahla awak pening-pening'

Nampak? seorang pegawai KPM sendiri yang secara tak langsungnya menunjukkan bahawa sesetengah sekolah sahaja boleh guna pakai TOV,PATS dll..mereka yang tak pernah mengajar di sini pun tau macam sia-sia je semua tu, apatah lagi cikgu-cikgu yang lagi arif mengenai tahap pelajarnya kan?

Bukannya semua pelajar paham apa tu graf prestasi masing-masing...

Sesuai lagi tak 'guru umpama lilin?' membakar atau dibakar dan terbakar dengan kerja-kerja pengkeranian?

Apa-apa pun kena terimalah, dah kerja kita kan?Itu punca rezeki kita..dan kitalah yang boleh membantu pelajar-pelajar ke arah yang betul..

Selamat kembali bekerja, dikerjakan (tugas-tugas) dan mengerjakan(murid-murid..hoho)


Antara gambar semasa 'blackout' baru-baru ni..pukul 6ptg-1pagi..panas woooo..

banyak lagi gambar yang lain di sini

11 Comments

  1. hey, jasa guru dikenang buat selama-lama bg saya!

    a nang for u! nang this for nuffnang birthday

    ReplyDelete
  2. itulah kita. xnak jadi lilin leh tak.. jadi mentol ke? hehehe... tu lah, nak luah perasaan ni.. kami dsuruh utk melukis mural. ambik inisiatif bli wall deco paper. alih2 kami dengar gb sruh lakar dulu apa nak dilukis, lulus, .. baru leh on. Kenapa ada yang senang nak cari susah. Kami bukan pakar pun.. lukis bunga jadi daun..huhuhu

    ReplyDelete
  3. x sesuai jadik lilin..
    lebih sesuai jadik bulan..
    berkongsi cahaya matahari, menerangi kegelapan malam..

    ReplyDelete
  4. salam,

    mmgla tugas cekgu dibebani byk tugas yg macam2 tu mane la nk fokus kat p&P sedangkan tu prioriti utama.. kalo sesetgh negara ade pembantu guru dorang la sediakan semua bahan.. ade cdgn NUTP wujud pembantu guru tp rasenye jd impian je la wat mase ni..

    ReplyDelete
  5. waduh3!memang menyentuh kalbu hati seorang pendidik. even dah berabad lagu ni tp masih tetap utuh di hati seorang pendidik.

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul cikgu,

    salamm,

    ReplyDelete
  7. Salam singgah..
    Yup cikgu umpama lilin yang membakar diri..
    Teruskan kerja mulia anda

    http://ligakampung.com

    ReplyDelete
  8. Skrg dah lama org tak pakai lilin kecuali bila takde elektrik.

    Cikgu skrg umpama lampu mentol. Panas di dalam tapi tak cair. Bila sampai masa baru filamen dia putus ngeh3x

    ReplyDelete
  9. salam.....akak dah lama ni jadi cikgu Naman! mula2 jadi lilin - pas tu jadi mentol lektrik - pas tu jadi bulan - pas tu matahari.....

    yeah matahari....membakar dirinya siang dan malam! memberi khidmat bakti kepada alam maya ini........waduh2....bahangnya diriku ini....dengan status diriku ini.....pantang silap sikit - nak musnahkan baktiku yang menerangi mereka.....ntah lah....

    tu lah Naman tengok kan / baca AGK akak.....sibuk - sibuk - sibuk....macam lah akak ni sibuk - orang lain tak sibuk - walhal jadi cikgu aje kan....! ha ha ha...gitu lah Naman...kerja - meeting - kerja - laksana.....cikgu yang tahu kisah cikgu!!! tapi he3x boleh berbelog pulak yer??? meluahkan perasaan he3x.....
    ( kalau senang kan tulis lah...bila tak tulis tu ...sibuk lah yer???)

    ReplyDelete
  10. Saya tak mau jadik lilin, kerana lilin akan terbakar dan cair jua akhirnya, nakj jadi air sungai yang sentiasa dan terus mengalirkan ilmu dan kasih sayang buat MEREKA..chewah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post