ohh..leganya..hari ni berakhirnya LADAP ke-7..iaitu yang terakhir utk tahun ni

Emm..Ada tak yang suka dengan LADAP ni? Apakah motif sebenar LADAP?? Nk cut-cost ke?? Ke ada yg tak suka dengan cuti cikgu yang banyak, saja wajibkan LADAP?? (ni cakap-cakap orang la)

``````````````````````````

 NUTP Minta Kerajaan Selaraskan Dasar Ladap

"Ini bermaksud guru yang telah menghadiri kursus, seminar ini tidak perlu lagi menghadiri LADAP. Jika dia telah pergi kursus selama tiga hari maka dia hanya tinggal empat hari saja untuk LADAP. Bukan apa, banyak masa guru lebih banyak dihabiskan menghadiri kursus dan program luar daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah," katanya.

"Yang paling penting apabila guru tidak puas mengajar, sepanjang tahun sepatutnya tugas mereka mengajar tapi sebaliknya terpaksa membuat tugas-tugas pengkeranian, menghadiri kursus di sekolah dan di luar, sudah pasti yang rugi ialah pelajar-pelajar sekalian, kita mahu kelas dunia, kualiti, mahu standard yang tinggi terhadap pelajar. Tetapi malangnya guru tidak ada dalam kelas, salah siapa....," katanya.

Hashim berkata memandangkan LADAP diadakan pada hari Sabtu serta ditambah dengan aktiviti ko-kurikulum yang wajib dihadiri guru ke sekolah pada setiap dua kali Sabtu, ia menyebabkan guru-guru terpaksa bekerja selama enam hari seminggu.

"Ini bermakna guru-guru kini bekerja selama enam hari setiap minggu manakala kakitangan kerajaan lain hanya bekerja lima hari seminggu, suami kepada guru wanita banyak membuat aduan mengenai isteri yang tiada masa bersama keluarga, " katanya.
dipetik dari sini

Yang lagi best..Walau ko datang dari mana pun..jauh mana pun..Claimnya hanyalah

RM10 ringgit pergi balik

Perjalananku ke sekolah lebih kurang sejauh 60km sehala..Kalau pergi dengan kereta..Tol sahaja RM12.40 pergi balik, belum minyak lagi..ermm..dpt RM10 claim..ok ke?? alhamdulillah..
jadi aku mengayuh-ngayuh perlahan Ferrari Merah keluaran 2004 itu meredah lorong-lorong kecil yang tiada orang TUNGGU ORANG LALU (TOL)


ferrari merahku menunjukkan mileage ke 66666.6km..ada apa dgn nombor?

 
lorong kecil yang berkabus di kala pagi

ya..duit bukan segalanya berbanding dgn ilmu..

Tetapi salah seorang pentadbir sendiri yang berkata masa berbual-bual kosong
''Apa yang kita dapat sepanjang 7 program LADAP? Saya rasa tak dapat apa pun.''
Bukan semua sekolah ada fasiliti yang cukup untuk membuat kursus seperti ini..Tengoklah sendiri keadaan LADAP di sekolahku

 
skrin putih tu hanya yg baris depan je la boleh tengok..(tu la..jgn duk blkg..mslhnya kursus utk semua, bkn utk yg didepan shja)

ada seorang penceramah itu sendiri berkata
''keadaan mcm ni tak sesuai utk kursus''
 

 

 
terpaksa bersila di bawah disebabkan tidak cukup kerusi, apatah lagi meja utk semua guru

Ermm..sehingga kita berjumpa lagi tahun depan ye LADAP..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DEEPARAYA

Ironinya..Hari ni penceramah tak dapat datang..Jadi masa LADAP diisi dgn perbincangan perancangan tahun hadapan..
perbincangan dengan tiada bahan-bahan yg sepatutnya..biarlah..janji dikira LADAP
Pemantau drpd PPD pun datang memantau..Tak taula apa dia kata..

Hari ni juga sambutan Deeparaya..

 

 

 

 


 

 

makan jgn tak makan
balik rumah..terjah pulak open house jiran..hoho


P/S :
1. mesti ada yg cakap..'eleh..cuti banyak pun nk merungut'
2. Kajian KPM menunjukkan guru bekerja sebanyak 66.24 jam seminggu

23 Comments

  1. macamana boleh tak cukup kerusi tu? AJK tak kira ke jumlah cikgu2 nih? Kami buat kat kantin aje...Bilik Gerakan tak jalan la nak buat ni - tak muat!

    Ada lagi 1 hari pada 24hb di sekolah akak tentang pembestarian sekolah...
    Berkesan kejap aje! sama la gak dengan sekolah akak ni...cikgu kan - tetap cikgu jugak la!

    ReplyDelete
  2. sonata anak kancil ~ kalau kerusi cukup pun ruang PSS tak muat kak..

    ye jgk eh..kt kantin kn ruang luas..
    tp maybe kt sekolah sy xdpt kot kalau nk buat kt kantin..ataupun tiada inisiatif lagi nk buat kt situ..

    Kalau ada berkesan jugak xpela w/p jap je..hehe

    ReplyDelete
  3. td akak baru slesai ladap...

    tajuk 'sistem fail' tp mcm hampeh je...lebih bagus kalo wat bengkel terus kalau berkaitan fail2 ni...mmg xmasuk sebijik pun gi kursus td...huhu...

    ReplyDelete
  4. x suka ladap sebab akak kene wat repot..(argh..sgt tak suka nak buat laporan)

    lagi tak best..bila ada cekgu yg kena kursus lebih 7 hari..tapi masih kena attend LadaP

    thn ni saje, jumlah akak kene kursus dah 2minggu..
    agak-agak..tahun depan x payah attend boleh?
    baki bawa kehadapan (kuikuikui)

    ReplyDelete
  5. su ~ betul tu kak..kenapa la nk dubuat kursus dlm jumlah yg besar

    kalau buat in house training ke..ok jgk..kerana jumlah yg kecil


    nik awin ~ kalau nk 'attend' pun berat hati,apatah lg nk membuat laporannya kn??

    tu la, sy sendiri pun dh lebih 2minggu xtermasuk ladap

    kalau boleh bw ke depan best jgk kn??hehe

    ReplyDelete
  6. ya..duit bukan segalanya.. tapi segala2nya nak pakai duit cekgu kannns..

    ReplyDelete
  7. salam..
    hah hah hah kalo wat tak tau je ke LADAP tu guana? heh heh kawe x pernah terlibat pon heh heh

    ReplyDelete
  8. Sebelum dan selepas ladap ke kursus ke tu, kena tanya:
    - Apa tujuan. Betul tak tujuannya.
    - Apa objektif.Betul tak objektifnya.
    - Untuk apa.
    - Betul ke.
    - Dapat ke.
    - Untuk siapa.
    - Sebab apa.
    - sesuai ke.
    - Suka ke.
    - terpaksa ke.
    - ada perubahan ke.

    Kalau soalan2 ni tak dpt jawab dengan betul, atau jawab macam orang tak sekolah je buang masa lah.

    ReplyDelete
  9. en_me~ hehe..ayat tu nk menyedapkan hati je..

    skang ni nak 'buang' pon kena byr kansss...


    Cikgu Adham~ alamatnya kena wat surat tunjuk sebab..pastu surat tu dikepil bersama buku rekod perkhidmatan

    gitulah org atas 'ugut' kita yg di bawah

    ReplyDelete
  10. mantan ~ persoalan-persoalan tersebut mmg menjurus kepada jawapan

    'BUANG MASA DAN TENAGA DAN EMOSI'

    tp

    SAYA YANG MENURUT PERINTAH..hehe

    ReplyDelete
  11. xiiinam said...

    Letih dengan LADAPni kan Naman....




    Kekadang...pengisianya ...emmm alahai!

    Tapi kerana patik hamba yang sentiasa siap siaga menyerah batu jemala....menurut perintah sajalah....


    ermm...akak tersalah komen kat post lain..hehe

    tu la..kita ikut je la kan..pengisian ntah ape2 pun kita ikut je la kan

    ReplyDelete
  12. huhuhu...
    deparaya best gilerrr...
    LADAP itu aper???









    *singgah ler ke blog.dah update.

    ReplyDelete
  13. LADAP-Latihan Dalam Perkhidmatan..hehehe



    ~udoh singgah...

    ReplyDelete
  14. tujuan LADAP mmg baguihh, tp perlaksanaannya x capai objektif kottt!

    tak dtg, kena buat surat tunjuk sebab... dh bg dia pertikaikan plaks... ape nk buat??? SYMP...

    ReplyDelete
  15. pija5120 ~ begitulah kak..sentiasa mcm tu...

    tujuan mmg bagus, tapi fikir tak pelaksanaannya mcm mana..ada mslh tak

    last2 semuanya SYMP..

    terpaksa semuanya

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum

    tengok penceramah lah.. kalau best memang berbaloi
    ada satu yang akak suka LADAP di sek akak tahun ni... penceramahmya bekas pengetua..permepuan, tak ingat namanya, buat tentang head count... puas hati ngan stailnya

    lagi, teringin LADAP yang ajar etika di majlis rasmi, kalau boleh ngan praktikalnya sekali contoh cara makan yang betul, cara duduk... macam image consultant lah... best jugakkan

    lagi satu, pengurusan kewangan peribadi, cara nak jimat duit kita dan jana pendapatan lebih... best gak

    ReplyDelete
  17. wah lDAp ye. kawan baru pg 2 kali tahun ni..tu pun asyik clash je..LADAP ni nak bagi makan free je

    ReplyDelete
  18. imanshah~ sekolah SBP pun jadi gitu gak???

    ReplyDelete
  19. LADAP oh LADAP.. kito dengar jerlah.. hok mana blh pakai kita pakai.. acap jgk pakcik gi Kursus ni..ada satu kursus tu duk nyembang benda lain.. banyak kuah dari isi.. bikin ngantuk jer...

    ReplyDelete
  20. a kl citizen~ waalaikumussalam

    tu la akak, tak semua sekolah mampu mengadakan/menguruskan LADAP yang betul2 berkesan...

    'saya kena cepat ni..sebab masa tak cukup'

    'saya pergi sikit-sikit je la eh..masa singkat'

    antara kata-kata penceramah yg dtg

    tu antara sebab LADAP ni tak berkesan..

    cthnya JSU..

    org di lembaga sendiri mengatakan diorang mengambil masa berbulan/bertahun untuk belajar JSU..

    kita cikgu hanya beberapa jam..

    cukup ke ilmu yg kita dpt..

    atau sekadar tangkap muat???janji LADAP berjalan ..mcm tu ke..

    ReplyDelete
  21. Anak Tumpat~ LADAP----->MENGADAP je la kita org bawahan ni kan???hehe

    ReplyDelete
  22. nie mesti ajk tak buat persedian rapi..leh jadi tak cukup kerusi gan meja....adey...kesian nyer

    ReplyDelete
  23. Cayril Ikhwan~ ntahler..

    kita jugak jd mangsa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post