Apa itu 'kesik'?

Setelah seminggu di kampung menyambut hari lebaran, warga kota mula berpusu-pusu menuju ke perantauan untuk menyambung kembali pencarian rezeki mereka.

Cewahhh..Ayat berbunga pulak..

Alhamdulillah, semalam aku dah selamat sampai ke Putrajaya sekitar jam 12.30 tghari setelah lebih kurang 4 jam setengah belayar di lautan PLUS yang mahal itu..hoho..Alhamdulillah tiada kesesakan..Pemanduan lancar

Kitorang adalah cucu yang paling last sekali meninggalkan kampung..mak sekeluarga dan kak ipar aku sekeluarga bertolak pada pagi Jumaat lagi..Kat bawah ni aku sempat ambil gambar masa diorang nak bertolak..hehe



macam ni la mak setiap kali balik dari kampung..hehe..penuh bonet


haa..siap sangkut kat seat lagi pokok daun kari tu


wan tengok anak cucu cicit dia tengah siap-siap nak balik


ciuman kepada cicit yang disayangi


wan ngan atuk ngah 'bye-bye'..hoho


mak,ayah dan 2 orang iparku


kak zura sekeluarga

semalam semasa aku dan Fiza bersalaman ngan wan atuk sebelum nak bertolak balik, dapat lihat riak wajah yang sebak dan juga air mata yang bergenang di wajah keduanya..

Itulah perasaan yang aku rasa setiap orang tua kita rasa apabila anak cucu mereka nak meninggalkan mereka untuk kembali meneruskan kehidupan masing-masing di rantauan

Aku juga merasa sebak..Lebih-lebih lagi Fiza..boleh rasa wan atuk akan rasa sedikit 'kesik' @ kesunyian selepas ini

Jadi apa maksud 'kesik'??? Ungkapan yang selalu dituturkan ma aku selepas anak cucu kesayangannya pulang ke rumah masing-masing

'Kesiknya ma bila budok-budok ni balik '

Ianya satu perasaan selepas rumah yang sebelum ini riuh rendah tiba-tiba menjadi sunyi..
Sebelum ini isi rumah dihiasi dengan gelak tawa, tangisan, pergaduhan manja anak-anak, tiba-tiba lengang..Cuma kokokan ayam dan 'meow' kucing yang kedengaran
Tiada lagi budak-budak yang berlari dalam rumah

Itulah 'kesik'


P/S :

perjalanan ditemani juga navigator free ini..Selalu cari gaduh ngan aku,sikit-sikit

'you're going to the wrong way'
'you're exceeding the speed'( nsib baik dia ingatkan)

12 Comments

  1. slm.. adei sedap ke beraya heh heh

    ReplyDelete
  2. Cikgu Adham~ sederhana jah gu..hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bertugas diperantauan..baik2 no..

    ReplyDelete
  4. Pada hari raya ke-4. anak dan cucu-cucu kembali semula ke kediaman mereka, memang terasa amat 'kesik'.

    ReplyDelete
  5. HASNAH ~ kembali bertugas mendidik anak bangsa yang kebanyakannya tak suka dididik


    mantan ~ paham..paham..

    saya paham mcm mana perasaan tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Kesik takpo..jange plesik

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    mesti orang yang ditinggal masih bersedih hati...
    makan masa jugak nak kembali ke jadual harian, kan..

    ReplyDelete
  8. imanshah ~ bahaya pelesit tuh...


    a kl citizen ~ salam

    tu la..tapi mcm tu la setiap tahun kan

    ReplyDelete
  9. selamat kembali mengajar! jgn maleh2...

    "kita juga akan 'kesik' pd org yg tersyg suatu hari nanti..."

    slmt hari raya wt naman n fiza

    ReplyDelete
  10. pija5120~ kalau kita malas ,
    pelajar tinggal hampas..

    ewahh..pantun 2 kerat yg takde maksud..

    selamat hari raya jgk kak pija

    ReplyDelete
  11. Raya dah habis...
    minggu ni minggu all out....bukan saja untuk calon2 PMR tapi cikgunya juga...

    ReplyDelete
  12. xiiinam~ betul tu..

    tp saya ajar form 4..

    semua form 4 dicutikan next week..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post