Kita mulakan dengan sedutan filem Pendekar Bujang Lapuk



" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "

" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "

" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "

" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "

" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet ! "

" Toncet?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu ... "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "

" Huruf Khaaa ? " di petik dari sini


kalau dulu..Buta huruf tu dianggap biasa sahaja kan..Maklumlah, apa sangat kemudahan yang ada..

tapi di zaman cyber teknologi terkini ( tiba je lirik keranamu Malaysia diselitkan)..Masih ada anak-anak zaman moden ni buta huruf..

Tengok gambar ni..(klik utk besarkan gambar)



Amacam? Tu adalah hasil daripada kelas peralihan..chekgu ambil dari buku latihan cikgu petang yg duduk di seblah meja chekgu

Chekgu bukan nak membincangkan adanya kepincangan dalam sistem pendidikan kerana siapalah chekgu(huhu..tiba2 skema), atau apa2 sahaja utk menghentam..Cuma untuk berkongsi pengalaman chekgu mengajar budak2 buta huruf ni

Pengalaman
Masa mula-mula chekgu mengajar, dikehendaki mengajar di sebelah petang..mengajar sains tingkatan 1 dan 2 serta pend. Jasmani.

2 kelas sains ting. 1 tu, kelas baik,manakala lagi 2 adalah yg tercorot..Yg paling mencabar adalah 1 Kreatif..Di mana pelajar-pelajarnya beberapa org saja yg boleh membaca, tu pun hanya mengeja perkataan sahaja..kalau digabungkan menjadi ayat, memang tak boleh..

bayangkan nk mengajar sains yg mediumnya adalah BAHASA INGGERIS kepada budak-budak ni..BOleh bayangkan tak..??

Sepanjang mengajar diorang lebih kurang setengah tahun, betul2 menguji kesabaran..Budak-budak ni boleh dikategorikan hiperaktif..berjoget-joget, melompat, bergaduh, menjerit tu rutin harian mereka..Ermm..Dah kena macam2 dengan chekgu (rotan, penampar semua dh bagi)..tp langsung takde kesan..

Masa chekgu menulis kat depan diorang boleh bertumbuk kt belakang...Ada juga yg menanggalkan tingkap cermin satu persatu..Ya Allah..Betul-betul tercabar kesabaran chekgu..

Chekgu nak bercerita pasal kelas ni mmg tak habis la..Kesimpulannya, cikgu-cikgu yg masuk ke kelas ni bukan mengajar, tetapi MENGAWAL..mengawal keadaan kelas supaya tidaklah huru-hara

Ada satu hari tu tersentuh gak ngan budak-budak ni..masa tu chekgu dah mengajar pagi, terserempak dengan budak-budak ni beratur naik tangga nak ke kelas..

Disapanya chekgu sambil salam dan cium tangan..masih ada sopannya kan??

Nasib
Apakah nasib budak-budak sebegini di masa depan?? bagaimana mereka nak mengharungi kehidupan masa depan dengan tidak mahir membaca?? Apakah pekerjaan yang mereka akan dapat? Walaupun buruh kasar sekalipun, kemahiran membaca tu sangat penting..mana tau majikan ambil kesempatan menipu gaji mereka

Masa sekarang
Sekarang chekgu dah beralih ke pagi..Tapi, masih ada yang tak tau membaca..Bahkan bercakap Bahsa Melayu pun tak fasih..Itu apa yg chekgu hadapi dalam kelas 4 Budi..Jadi, bayangkan adanya pelajar sebegini, yg datang ke sekolah kerana dipaksa ibu bapa.. Maka terjadilah kes main air kencing dalam kelas seperti yang chekgu ceritakan dalam entri ini

Penyelesaian
kenapakah murid-murid yang berkeperluan khas sebegini masuk ke sekolah biasa..Sepatutnya mereka diajar mengikut sistem pendidikan khas yg mana cikgu-cikgunya terlatih dalam bidang ilmu khas..Adakah cukup cikgu2 biasa diajar supaya memanfaatkan Modul Kia2m?? Chekgu pun tak pasti..Kesian kalau dikenangkan nasib pelajar-pelajar ni.

Kesimpulannya..Kalau kita mengajar golongan sebegini, rasa nak marah pun ada, tapi perasaan kasihan pun terbit d lubuk hati kita kan??? ( wahh..bermadah berkelah chekgu tiba-tiba)

Walaupun Nabi Muhammad S.A.W seorang yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis)..tetapi keagungan baginda tidak dapat dipertikaikan

P/S : dah lama tak bercerita pasal sekolah..hoho..asyik pasal makan je skang ni..Kalau nak dicerita sangat bnyk..Ada kes cikgu terajang budak, baling meja, terajang kerusi ( chekgu ke??) dan mcm2 lagi..Mmg tak habis la kalau nk cerita

17 Comments

  1. Salam..kawe takdok pengalame ngaja budok buta huruf ni, tapi masa sekolah dulu ada ramai saing2 hok tok leh baco..masa tuh nakal..asyik dok gelok je..huhu..apapun itulah pendidik, banyakkan bersabar ye naman..jange terajang budak

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Sabar tu separuh dari iman. teruskan mendidik anak bangsa kita. Tapi tulisan budak tu pun aku tak boleh nak baca. Apa dia tulis???

    ReplyDelete
  3. saya setuju cikgu...
    bkn untuk membuatkan mereka berada dalam kelompok mereka tetapi tumpuan yg lebih boleh diberi

    ReplyDelete
  4. imanshah~kawe tak pernah terajang budak..terajang kerusi je..

    Tu pun kalau diorg betul2 kurang ajar dh

    Webmaster@Echam~ tu la..aku pon tak tau..tu salin, kalau suruh buat sendiri tak taulah,,

    ReplyDelete
  5. tengku_fir21~betul..betul..betul(gaya upin ipin)

    mereka juga ada hak untuk mendapat pendidikan yg sewajarnya dan sesuai dgn mereka

    ReplyDelete
  6. slm...
    kawe pon sentiasa berdepan dgn masalah ni di sekolah kerara walaupon dah f5, ada lg yg x reti membaca hehehheheh

    ReplyDelete
  7. Cikgu Adham~hoho..kat sana tu biasa la kan..

    Bdk2 pon jrg pegi sekolah dop?

    ReplyDelete
  8. betul tu cikgu!
    saye dlu time skolah menengah pon mmg ade budak2 peralihan nh.
    wlpn time tu masih rumaja lgi, tpi mmg duk pk gak dri dulu knapela budak2 nh blaja same ngn budak2 biase?
    bukan nak asingkan diorg tapi atleast kalo diberi perhatian yg sepatutnya, budak2 nh mungkin boleh improve dgn lbih cepat.
    cikgu2 biase yg handle pon mmg tensen jek sbb xtau nk bwat mcm mane dh.
    lagi2 batch yg dah nak ambik SPM! bce pownn xlepas lgii..sian sgt diorg..huhu!
    nway, keep up da gud work!ajarla sehabis baek..^__^

    ReplyDelete
  9. Errr...


    Hi...hi...hi....



    .....itulah sumber hiburan bagi seorang cikgu ....

    Hanya cikgu je yang bertuah jumpa benda-benda macamni kan...kan..kan?

    Sabar ya cikgu....
    Ini 'passion' kita ni...

    ReplyDelete
  10. aduss...ambo pehe sgt ngaja hok buto huruf ni.. mmg menguji kesabaran tahap dewa la.. tapi ambo pun nk kongsi jgk.. ambo cni buke setakat buta huruf tapi buta bahasa.. bayangkan ambo duk mengajar di depan kelas tu, ada student hok x tau @ faham bahasa melayu..(stdnt Cina) guano gamok tuh..?

    ReplyDelete
  11. salam...sebenar itu adalah cabaran yang terindah, buat mereka yang bergelar guru. Sekurang-kurangnya didik ia menjadi insan yang tahu menghargai sebuah kehidupan..tahniah cikgu.

    ReplyDelete
  12. juz kawaii~betul..betul..betul..

    Biarlah mereka yg mahir sahaja mendidik mereka..mereka ada ilmu khas ttg tu..TQ for drop by..

    xiiinam~tu la kak..

    profesion kita 'colourful'

    ada kaler yg menarik, ada yg tak..tp kena terima

    Anak Tumpat~ kawe kat sini pun sama jgk..

    sebab tak paham bahsa dia akan jadi 'kurang ajar'

    Aidil Fadzil~ betul..sebab tu org kata tugas guru sangat mulia..

    Sangat mulia kalau kita melakukan dgn betul..kalau ala kadar, takde mulia pun..hehe

    ReplyDelete
  13. member skolah rendah kat kampung dulu eja nama dia: Matematrak. sebenarnye nama subjek Matematik.. aku memang xbleh lupa.. aduhai

    ReplyDelete
  14. laki cikgu kimia~bdk2 yg aku ajar pun ada gak salah eja nama diorg..

    kdg2 ada yg hanya tau eja nama..yg lain xtau

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum

    kesian budak ni.
    kena tunjuk kat mak bapak. mintak tolong ikhtiarkan supa boleh membaca dan menulis. jumpa doktor mana2 ke.
    mungkin ada masalah kesihatan ke budak ni , kesian sungguh

    ReplyDelete
  16. a kl citizen~ tu la kak..

    tak sure masalah apa..maybe dlm kategori pelajar 'lembam'

    perlukan bimbingan yg mahir, bukan guru biasa

    mmg kesian

    ReplyDelete
  17. *tiada pengalaman mengajar*

    mungkin ada masalah mata or masalah dyslexia ke.

    cuba chekgu mintak diorang tiru huruf yang chekgu tulis... or tiru ayat yang chekgu tulis.
    perhatikan ejaan, susunan huruf dan jarang antara perkataan..

    sebab kalau betul ada masalah, ada therapy untuk kanak2 ni adapat dengan masalah dia.

    saya cuma bagi cadangan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post