Haa..Tak pernah2 aku terpikir nk wt post pasal citer melayu ni..Tp drama ni mmg betul2 berbeza drpd drama2 lain yg mcm dh xda idea..yg hanya berkisarkan perebutan harta..kerja pejabat besar..berkot dan bertali leher..rumah besar..kereta besar..berlatarbelakangkan bandar2 besar..
Tetapi cerita ini banyak kelainannya..berlatarbelakangkan suasana damai kampung..bercirikan kehidupan Melayu di kampung..jalan cerita yg bagus..pemilihan pelakon yg sesuai..msg2 dpt membawa watak dgn sgt berkesan..dialog2 yg digunakan pulak ada yg sgt menusuk kalbu..antaranya


"isteri orang ada intan berlian,isteri abang?" "Isteri abang ada abang..."
“Adam dan Aidil tak sama.Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.Malah jadi layu.Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”
Aku ni bukanlah orang seni untuk menilai mahupun memberi sikit padangan tentang kualiti drama ni. Tapi sekali tonton dah dapat rasa kelainan dari segi pencahayaan, gerak kamera, angle kamera, and scene background. Memang mantap. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Yang tonton drama ni pasti tau bagaimana.
Contoh yang paling aku ingat ketika Nur Amina ngan Adam duduk diruang tamu rumah Ustaz Hassan. Lawa je pohon-pohon di luar tingkap dan langsir bergerak ditiup angin. Memang hidup. Suasana kampung dalam drama ni memang menjadi. Dengan sawah, pokok, masjid buruk, pekan koboi, teksi buruk, kenduri kendara dll. from http://farhanwahab.com/2009/06/15/nur-kasih/
Tp ada gk yg sesetengah babak yg mcm xlogik pd pendapt aku..Tp abaikan je la..bkn filem bajet besar pun..
Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Filem Cinta, Sepi, Setem, Kekasih Kuseru dan yang terbaru, Nur Kasih yang merupakan olahan kreatif beliau. Beliau seorang yang dalam bijak mencari dan membidik pemikiran penonton. Bahkan bukan itu sahaja, beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.
lagu tema pulak..adui..sgt2la best..Nur kasih drpd Yasin..Tp xde pun full song kt mana2..ada yg sekerat je..Nk download?? Lagu sekerat pun bolehla ek..drpd xde langsung..
 Tahniah kepada tenaga produksi daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana atas penghasilan drama ini .Mudah-mudahan, mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton di Malaysia.

8 Comments

  1. salam...Nur Kasih, drama Melayu yang penuh dengan ethos dan pathos...konflik dalaman yang cukup hebat.

    ReplyDelete
  2. Betul tu aidil...cerita ini memberi satu kelainan kalau nk compare dgn drama2 melayu yg lain

    ReplyDelete
  3. Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Filem Cinta, Sepi, Setem, Kekasih Kuseru dan yang terbaru, Nur Kasih yang merupakan olahan kreatif beliau. Beliau seorang yang dalam bijak mencari dan membidik pemikiran penonton. Bahkan bukan itu sahaja, beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.

    ayat di atas merupakan ayat yg saya tulis didalam blog saya.harap saudara tinggalkan kredit.tambahan lagi,ini boleh menyebabkan masalah pada blog saya nnt. harap saudara prihatin tentang hak cipta sesuatu artikel etc.huhu.

    ReplyDelete
  4. hoho..kalau saudara tengok dekat link within..ada 2 post pasal nur kasih..satu tu didelete dan digantikan dgn yg baru..masa buat yang baru tu start drpd awal balik..maybe tertinggal link blog sedara..just terbuat link blog farhanwahab je..

    masa tu mmg buta HTML sikit..boleh dilihat dlm post tu mcm berserabut sikit kan..jadi tertinggal camtu je masa edit2 tu..

    lagi satu, rasanya aku ada tinggal jejak minta izin..tak pun kompius dgn blog farhan tu,,sori bnyk2 ye sedara

    Aku mmg mementingkan hak cipta org..sampaikan gambar keropok lekor dalam entri keropok losong pun aku kreditkan blog beliau..cuba tengok..

    Ape2 pun maaf ye sedara..

    Selamat berpuasa. hehe

    ReplyDelete
  5. Ok,saya anggap kes ini selesai.

    BTW, kalau saudara merasakan saya tidak meletakkan kredit pada banner khas drama Nur Kasih yang saya ambil dari TV3, boleh rujuk di sini:
    http://www.aidilx.com/2009/06/nur-kasih-nilai-cinta-pengorbanan.html

    Terang lagi nyata saya meletakkan kredit khas kepada pihak TV3.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  6. Aidilx~silap paham ni..sebenarnya aku nk bgtau banner dlm blog aku ni dari TV3..huhu..bukannya aku nk ckp ko xletak kredit ke TV3..Bagus ko, aku sendiri pon tak terfikir nk letak kredit sebab bagi aku la..gmbr tu well known dr TV3..u're good blogger..

    OK..settle???Jgn lupa terawih..huhu

    ReplyDelete
  7. muahahaha! setel. Aku xda masalah kalu orang nak ambik/copy paste janji tinggalkan kredit. penat penulis cari ilham..huhu

    aku kat sarawak, terawih copek mulo & copek abih..

    ReplyDelete
  8. yang tu mesti difahami dong..aku jua begitu..hoho

    wah..sarawak gitu..wokeh2

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post