Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Apa maksud guru bagi anda..apa pandangan anda? kita tgk situasi berikut :


pics from http://cikgufarizal.com/

Isu guru mendera pelajar?? aku pun xtau apa yg dh jd dgn mentaliti kita..setiap kali ada kes yang melibatkan guru atau doktor, terpaparlah kisah2 yg kdg kala ditokok tambah oleh media..menyentuh isu doktor curi tulang bru2 ini..kenapakah disebabkan salah laku segelintir doktor shaja,semua doktor dihina dan diperlekehkan..adakah ini bagaikan ' kerana nila setitik rosak susu sebelanga'? bila dunia diserang wabak selsema b***, siapakah yang berada dibhgian hadapan yg merawat pesakit tanpa memikirkan risiko yg ada?? kenapa jasa2 mereka dilupakan?

Berbalik kepada isu guru mendera pelajar..walaupun xsemua guru betul2 mengikut etika( sama juga dgn penjawat awam ataupun swasta yg lain kn?)..tp pk logik la,guru2 pon xda keja saje2 nk sentuh samaada cubit ataupun merotan sekiranya pelajar xbuat slh..guru2 dh bnyk berkorban ( boleh juga dikatakan terkorban) semata2 untuk memenuhi pihak kehendak atasan (sekolah,ppd,jabatan,kpm)..sekarang guru bukan stkt masuk kelas dan mengajar,bahkan lebih drpd itu..Pihak KPM telah membuat kajian dan terbukti scr purata guru menggunakan 66.24 jam seminggu dlm menjlnkn tugas dan tanggungjawabya.

Apa yang orang nampak hanyalah guru balik awal dan guru banyak cuti.

Dulu tugas guru adalah mendidik..sekarang hanya dibenarkan mengajar sahaja. Apa bezanya??
Tunggu sambungannya..Mata aku dah mengantuk sangat dah..


Previous Post Next Post